Tuesday 25 October 2011

Jenis Tebu

Tebu yang aku tahu setakat ni  ada 3 jenis;
       1/    Tebu Telur / Tebu Kuning
       2/     Tebu Hitam
       3/    Tebu Buluh

      Semua jenis di atas aku dah tanam..serumpun 2 rumpun....

   Setahu aku bila bulan Ramadhan/puasa mana-mana tebu pun sangat laku..... tak kira berapa harga dan apa jenisnya....yang penting bekalan mesti ada..... tapi sering hampa....

   Banyak cerita yang aku dengar, biasanya tauke tebu tersenyum lebar  sebab pembeli datang macam orang ketagih dadah.... ape tidaknya....bekalan ada....

    Hari ini hari rabu, Depavali.. Nak tunggu hari Jumaat terasa lama sangat.... Hati ini memang kat ladang tebu tu...... nak siapkan juga minggu ini....

Monday 24 October 2011

Fasa Pertama

  
7/10/2011
Pada hari ini bermulalah sejarah dalam hidup ini untuk merealisasikan impian sebagai petani jaya. Semuanya bermula kerana susah untuk mendapatkan bekalan tebu semasa berniaga pada bulan Ramadhan yang lalu. Terasa teruja bila melihat JCV menolak hutan dan pokok pisang yang uzur memenuhi tanah tersebut seluas 2 ekar itu.










14/10/2011
        Hari ini aku turun ke tapak tanaman dan mula menanam tebu. Pada minggu ini cuma dapat menyiapkan 5 daripada 13 baris sahaja. Terdetik dalam hati aku “iya ke aku berjaya?????”












21/10/2011
        Meneruskan tanaman tebu seperti biasa dalam cuaca yang sangat redup dan nyaman. Kali ini aku dapati Cik Re datang “mengurat” dan makan sebanyak 3 batang sahaja… “xpe..aku halalkan saje”.  Setakat ini benih tebu sudah digunakan sebanyak 1500 batang.

 Biasalah selepas penat tanam tebu,,,, acara selingan.... Panorama keindahan sungai Pahang